UNTUK TEMPAHAN : 016-9227278 (Ct/Ayu) / email : cthome_simply@yahoo.com

Monday 20 February 2012

ORANGE POPYSEED CUP CAKE

Salam semua...ni cup cake yg di order oleh Tadika Seri Iman Intelek untuk birthday party pd minggu lepas...Tq Kak akma yg selalu order kek ni dengan ct...kek ni juga adalah kegemaran kak akma..he..he..

cup cake yg belum di topping & deco lagi..tunggu sejuk dulu baru deco...



Taraaa!!!Deco yg sangat simple...




Kak akma minta ct wat kan gambar kartun atas cup cake ni..so ct pilih gambar 'Angry Bird' & 'Princess'..hope di orang suka ngan gambar-gambar kartun ni...


ni plak gambar student Tadika Seri Iman yg sambut birthday beramai-ramai untuk bulan Februari 2012..Happy Birthday to all!!!



CHOCOLATE MOIST



CHOCOLATE MOIST





Saturday 4 February 2012

OREO CHEESE CAKE



Assorted Talam

macam-macam ada......di Ct Home Bake


sesuai untuk sebarang majlis....
 Bingka Ubi 


 Talam Berlauk & Permata

TALAM SAGO BANJORRR..


CHIFFON PANDAN

salam semua..kek ini adalah kek favourite kami sekeluarga...resepi ni saya amik dari blog Resepi Noraini..kepada yg ingin mencuba, nengok resepi kat bawah eaee....


Bahan-bahan :
(A)
150 gm tepung kek
1 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh pes pandan
125 gm gula kastor
7 biji kuning telur
75 gm minyak masak
75 gm pati santan

(B)
7 biji putih telur
125 gm gula kastor
1/4 sudu teh serbuk krim tartar

Cara Membuatnya :
1. Sediakan sebuah acuan kek sifon berukuran 24 cm.Tak perlu digriskan.
2. Ayak tepung kek bersama serbuk penaik dan soda.
3. Satukan semua bahan A dalam sebuah mangkuk pengadun. Gaul perlahan-lahan dengan senduk kayu hingga semuanya sebati. Jangan gaul terlalu lama.
4. Satukan bahan B dan pukul kelajuan sederhana hingga gebu dan kental.
5. Masukkan putih telur yang telah dipukul tadi ke dalam adunan A. Gaul perlahan-lahan hingga sebati.
6. Tuangkan adunan ke dalam acuan kek. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan ke suhu 180 darjah celcius. Bakar selama 45 minit hingga masak.
7. Keluarkan kek dari ketuhar dan telangkupkan acuan supaya permukaan kek tidak mendap.
8. Setelah 10 minit, terbalikkan semula kepada kedudukan asal. Lorekkan pisau pada keliling acuan dan keluarkan kek. Sejukkan sebelum dipotong. —

Indulgence


Order from Yatie...TQ yatie..

COCONUT BUN


STRAWBERRY SWEET BUN


SWEET BUN PIZZA


RAINBOW CAKE WITH FRESH CREAM

kek ni order dari kawan pejabat Kak Izan untuk birthday anak dia Maisarah ...TQ Kak Izan



ini adalah lapisan dalam rainbow cake..saje je nyusahkan kan izan soh snap pic ni..sowi ye kak izan walau apapun TQ kak izan coz layan jugak permintaan ct ni...hi!!hi!!!

RED VELVET...

First time wat nih!!!!Resepi dari Kak Zuraini Alias..TQ Kak Zu..kalau kekawan nak cuba resepi di bawah ye..jemput makan semua...


RED VELVET (RVC)

Bahan :-

5 biji telur gred B (gred a pun bole )
250 gram mentega
*3 cawan tepung naik sendiri
*3 sudu makan koko Vochelle ( koko powder biase pun bole )
2 cawan gula kastor ( 1 3/4 cawan pun ok )
4 sudu makan pewarna Red Bright - derhake lerr skit...2 sudu makan cukup lerr
1 cawan buttermilk - kalau takde buttermilk blh tgk resipi kt bawah
1 sudu teh garam
1 sudu makan bicarbonate of soda (baking powder pun ok) - kkzu guna baking powder
1 sudu makan cuka makan

CARA-CARA:
1. Panaskan ketuhar 180 degree celcius.
2. Ayakkan bahan kering (*) menjadi satu bahagian ke dalam sebiji mangkuk. Ketepikan.
3. Pukul mentega dan gula di dalam mangkuk pengadun kek elektrik hingga sebati.
4. Masukkan telur sebiji demi sebiji, perlahan-lahan.
5. dalam mangkuk buttermilk campurkan pewarna merah dan kacau sebati.
5. Masukkan tepung dan buttermilk, berselang-seli hingga habis. Masukkan garam. Pukul hingga kembang dan ringan. Matikan mesin pengadun.
6. Larutkan bicarbonate of soda/baking powder dan cuka kemudian tuangkan kedalan adunan kek. Kaup dan balik-balikkan hingga sebati.
7. Tuang adunan ke dalam dulang pembakar dan bakar hingga kek masak.

KRIM:
500 gram krim keju Phillidephia
1 cawan krim putar- akak letak 1 1/2 cawan
akak tambah sedikit gula icing
Pukul krim keju hingga lembut kemudian masukkan krim putar sedikit demi sedikit hingga habis dan krim menjadi kental dan gebu (speed mixer - medium).
*Campur sedikit butter(agak2) dan putar bersama bahan diatas supaya frosting agak keras dan mudah dibentuk

Red Velvet

salam semua....nilah dia Red Velvetku..untuk majlis pertunangan adik bongsuku..Tahniah Mak Usu..


BLUEBERRY CHEESE TART


EGG TARTS


FRUIT TARTS



ROTI MANIS PELBAGAI PERISA & BENTUK

salam semua...kepada sesiapa yg ingin merasa roti manis pelbagai perisa & bentuk ni leh la contact ct ye..


packing for customer...

SERI MUKA

salam semua....pg ni ct baru menyiapkan tempahan seri muka dari Kak Yah untuk jamuan katanya..terima kasih kak yah coz selalu order dengan ct..biasanye kak yah ni tempah kue bakar tapi ct offer dia rasa la kue lain plak dari produk Ct Home Bake..so dia pun setuju je yg ct cadang, dia tanya ct kue seri muka ct leh wat tak? ct ckp insyaallah boleh....apa lagi kembang rasa dapat buat kue ni dengan sebaik-baiknye... kih!!kih!! untuk family kat umah pun ct buatkan jugak coz dah lama tak makan...jemput makan semua ye..

kepada yg ingin merasa kue ni contact ct ye untuk tempahan..


SANDWICH LOAF

ini adalah percubaan pertama ct membuat roti ni...sumber rujukan ct adalah rakan fb ct Kak Liza Othman ratu roti manis JB, beliau yg memberi tunjuk ajar walaupun ct tak tengok cara-cara nak membuatnye....tapi alhamdullillah..inilah hasilnye..pasni dah tak payah lagi beli roti kat kedai..almaklumla leh wat sendiri...cewah!!!kembang sekejap..


SWEET BUN SLICE CHEESE


TALAM KELADI


TALAM MAK DARA


KOLE KACANG


TALAM SUJI


TALAM CENDOL

Talam ni adalah antara ranking yg paling tinggi peminatnye...boleh di katakan setiap yg cuba talam ni mesti akan order sekali lagi...terima kasih semua yang selalu membuat order ngan ct....